Aplikasi ini menyediakan paparan jadual ramalan data air pasang surut bagi seluruh Malaysia. Data-data ini diperolehi daripada cerapan data Stesen Tolok Air Pasang Surut JUPEM yang terdapat di seluruh negara. Pengguna boleh mendapatkan data ramalan air pasang surut harian, untuk tempoh tujuh (7) hari berturut-turut secara percuma dengan memuat turun aplikasi mobile STAPS JUPEM ini.